Jangan Pandang Belakang Congkak  

Monday, August 17, 2009





Filem terbaru daripada sutradara yang saya minati Ahmad Idham kali ini sungguh berbeza, Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) yang telah di tayangkan di pawagam bermula 4 Jun 2009 lalu, JPBC cuba menggabungkan dua elemen menarik dalam temanya iaitu seram dan komedi. Meskipun ada babak seram dipaparkan, keseluruhan cerita JPBC lebih tertumpu kepada komedi.

Secara ringkasnya JPBC mengisahkan Punai (Mazlan Pet Pet), Asmat (Cat Farish) dan Johan (Shaheizy Sam) mewarisi harta milik datuknya selepas orang tua berkenaan, Pak Sudir (lakonan Piee) meninggal dunia dalam keadaan misteri. Begitupun, tiga saudara ini tidak tahu hajat sebenar datuk mereka. Hakikatnya, Pak Sudir mahu mewariskan saka miliknya kepada seorang daripada cucunya.
Ketika di rumah orang tua berkenaan, mereka dinasihatkan supaya tidak mengusik barang di dalam bangunan itu. Bagaimanapun, kerana sifat ingin tahu, mereka membelek sebuah congkak usang, kemudian terbaca jampi yang tertera di belakangnya. Dalam masa sama, ketiga-tiganya bertukar menjadi hantu. Punai akhirnya berubah menjadi orang minyak, Asmat menjadi toyol manakala Johan pula bertukar menjadi hantu raya. Dengan cara tersendiri, mereka mampu berubah menjadi manusia mahupun hantu.
Meskipun solekan dan kostum ketiga-tiga hantu itu menyeramkan dan realistik, hakikatnya filem ini melucukan. Gelagat dan kerenah ketiga-tiga pelakon ini senantiasa mencuit hati. Malah, selain seram dan komedi, Idham berjaya mengadunkan pelbagai elemen menarik dalam filem ini. Babak serius dan romantik turut dipaparkan. Lebih menarik, pelakonnya berjaya membawa watak yang diberi dengan sempurna. Barangkali, filem ini tidak lagi memaparkan komedi ‘bodoh’ yang membosankan. Sebaliknya jalan cerita yang dipertaruhkan, di samping barisan pelakon berbakat pasti dapat menarik perhatian penonton

Trailer:





Jangan Pandang Belakang Congkak 2009.part1.rar
Jangan Pandang Belakang Congkak 2009.part2.rar
Jangan Pandang Belakang Congkak 2009.part3.rar


*DOWNLAOD All FIRST..
*AND EXTRACT WITH WINRAR

Hope u enjoy it...

Related Post



TAG
Email this post


Popular Posts

Copyright © 2009AyEh Powered by Mist3ri Interactive Inc.